GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA PADA HARI INI
Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja
menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas
menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja
tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.
Sesetengah ibu bapa
harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik
anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja,
menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap
perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama
dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi
bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi
terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’.
Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep
membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya
gaya berbincang nyata lebih berkesan.
Ibu bapa harus peka
dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka
perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan
tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan
sebaliknya mereka mahu membina jati din sendiri. Pendidikan daripada alam
kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas.
Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan
masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka
tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di
Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu
bapa.
Guru di sekolah
pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada
remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang
dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan
diingati sebagai `pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik
bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar
dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat
terhadap proses pembelajaran.
Pihak berkuasa pula
tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada
masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks
bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat
hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala
remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata
kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares
disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran
tanpa kawalan?
Media pula mesti
mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak
remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti
sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai
kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan
perangai negatif mereka.
Sesungguhnya,
pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua
pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah
sosioekonomi yang lebih serius.
No comments:
Post a Comment