Monday, 17 December 2012
FLORA DAN FAUNA
Keseimbangan ekosistem
- Ekosistem ialah satu proses interaksi antara benda-benda hidup dengan benda-benda hidup dengan benda-benda bukan hidup yang wujud dalam alam sekitar
- Kesimbangan ekosistem hutan penting kerana memelihara, melindungi dan mengekalkan sumber tumbuh-tumbuhan dan hidupan
- Ekosistem dapat menghasilkan sumber kayu kayan, ubat-ubatan, rotan, buluh dan kulit kayu terutamanya dari kawasan hutan
- Membantu dalam peningkatan kualiti udara di samping mengekalkan keseimbangan kitaran gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen
- tumbuh-tumbuhan hijau membekalkan sumber tenaga kepada manusia dan haiwan yang memakannya
Pelbagai jenis flora dan fauna
- Pokok-pokok orkid, paku pakis, pokok periuk kera merupakan tumbuh-tumbuhan istimewa yang terdapat dalam hutan Malaysia
- Hidupan liar seperti orang utan, tapir dan gibbon ialah antara haiwan yang unik dalam hutan negara kita
- Flora dan fauna menjadi tarikan pelancong, bahan penyelidikan dan bahan warisan generasi
Pembekal hasil-hasil hutan
- Pokok dalam hutan Malaysia menghasilkan pelbagai jenis kayu balak yang bermutu tinggi dan bernilai dari segi perdagangan
- hutan juga membekalkan hasil hutan yang lain seperti rotan, mengkuang, buluh dan nipah yang sangat penting dalam membangunkan industri perabot dan kraf tangan
- kayu balak- membuat perabot, mengilang papan lapis, membuat jambatan dan membina rumah
- buluh dan rotan - membuat kraf tangan, membuat perabot
- kayu ru- membuat perahu, sebagai bahan api
- daun mengkuang- membuat tikar dan bakul
- daun nipah- membuat atap
- batang nibung-membuat tiang rumah dan cerucuk kelong
Habitat hidupan liar
- Hutan membekalkan makanan kepada hidupan liar
- Haiwan menjadikan hutan sebagai tempat tinggal serta perlindungan
Kawasan tadahan air
- Tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan tanah tinggi negara kita berperanan sebagai kawasan tadahan
- Kawasan tadahan dapat didefinisikan sebagai kawasan bukit bukau yang meliputi tumbuh-tumbuhan yang tebal dan menjadi punca aliransungai
- Hutan bertindak sebagai penipis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air
Pencegahan hakisan tanih
- Hutan bukan sahaja memberi hasil kepada kitamalah bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta melindungi tanih daripada hakisan air
- Daun dan ranting pokok di hutan hujan tropika yang tebal membantu mengurangkan halaju titisan air hujan dan memecahkan saiz titisan air hujan kepada yang lebih kecil
- Akar tumbuhan menyekat air larian permukaan menyebakan aliran menjadi perlahan serta berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanih
Pembiakan hidupan laut
- Hutan paya air masin dan hutan paya air tawar di negara kita menjadi tempat pembiakan jenis kehidupan air
- Pelbagai jenis ikan dan udang bertelur di celah-celah akar pokok di dalam air
- Inin kerana akar jangkang pokok bakau melindungi telur ikan dan udang daripada ombak kuat dan pemangsa
Pengembang Eko-pelancongan
- Beberapa buah taman negara dan hutan simpanan telah mewujudkan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan hutan simpan telah diwujudkan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang semakin pupus
- Taman Negara yang terletak di Pahang dengan keluasan 4343km persegi merupakan hutan hujan tropika yang tertua di dunia
- Terdapat lebih daripada 10000spesies tumbuh-tumbuhan dan 250 spesies burung dalam Taman Negara
Penghasil ubat-ubatan tradisional
- Kebanyakan tumbuh-tumbuhan mengandungi nilai-nilai perubatan, terutamanya dari bahagian batang, akar, daun dan ubi
- Petai, akar dan batang pokok periuk kera digunakan dalam perubatan tradisional
- Bunga raya berguna untuk meredakan batuk dan kehilangan kahak
- Akar dan batang pokok direbus dan diminum untuk mengubati demam
PERSAHABATAN
Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.
Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah ‘thrill’nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan
Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.
Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.
Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.
TERIMA KASIH IBU
Ibu, kau permata hatiku
Kaulah yang selalu menemani diriku,
Tatkala gembira dan sedih mahupun suka duka,
Kaulah pengubat jiwa yang lara ini,
Ku selalu mendoakanmu ibu agar diberi rahmat Tuhan yang Esa.
Ibarat cahaya lilin yang terang,
Bagaikan bulan dan bintang menerangi malan yang indah,
Kau selalu memberi ketengang dalam diriku,
Marah engkau membuatkan aku sedar akan salah silapku,
Agar aku tidak ulangi buat kedua kalinya.
Di rumah kau memasak, membasuh, mengemas juga mencantikkan suasana,
Terima kasih ibu aku ucapkan,
Lalai dan lupaku kau selalu ingatkan,
Umpama guru mencurahkan ilmunya yang sentiasa mekar di hati ini,
Nasihatmu akan ku abadikan tak akan kulupa.
Berwawasan semangat yang kugambarkan dalam dirimu,
Membuatkan aku bangga miliki ibu sepertimu,
Bekerja dan mengajar anak bangsa didikanmu juga kau berikan padaku,
Aku bersyukur miliki ibu sepertimu,
Mengajar erti dewasa manusia dalam segala kekurangan.
Tidak mampu kubalas jasamu ibu,
Hanya Allah yang mampu membalas keringatmu masa lalu, kini dan akan datang,
Kusimpulkan kata buatmu ibu "Aku sayang ibu",
"Terima Kasih Ibu".
Harapan diriku ingin gembirakan dirimu,
Berjaya dalam apa yang kumahukan dengan doa tulus darimu,
Ibu, kaulah jantung hatiku,
Merasa dunia milik Tuhan ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran,
Kau ingatkan, ingatkan dan teruskan ingatkan,
Jasamu ibu akan kusemat dalam lubuk hatiku yang dalam,
Agar aku menjadi insan yang tabah sepertimu,
"Terima Kasih Ibu."
KEBAIKAN 'FACEBOOK'
Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan Facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja. Facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul.Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin luas. Penggunaan Facebook ini digunakan setiap lapisan masyarakat termaksudlah ahli korporat dan tokoh-tokoh yang terkenal di Malaysia. Contohnya,Sasterawan Negara Datuk A. Samat Said dan Perdana Menteri Dato’Seri Najib pun mempunyai Facebook khabarnya sudah mempunyai hamper tiga puluh ribu orang rakan dan telah ramai rakyat di Malaysia yang mempunyai Facebook.
Penggunaan Facebook juga boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang, malah pengguna juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, university, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk mencari pengaruh, menambh kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagan, membuka kelab peminat, berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayer perniagaan maya di seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui Facebook pengguna boleh memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian Facebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan. Dengan Facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga dapat meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris.
Setiap kali kita masuk ke laman Facebook, bahagian halaman utama akan memberikan kita apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan dapat mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan. Jadi, hubungan antara persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputus. Setiap yang terbaru tentang diri kita juga akan dipaparkan di laman utama Facebook ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita ke Facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman Facebook mereka.
Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan dalam Facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman di sesuati tempat yang menarik pasti ramai yang akan member respond an cadangan yang menarik. Melalui Facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan dijadikan panduan dalam kehidupan.
Banyak permainan yang terdapat di dalam Facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi. Selain itu, Facebook dapat memperbaiki hubungan persahabatan yang telah renggang. contonhya, Datuk Dr. Awang Adek yang mahu menggunakan laman sosial ini untuk menarik kembali rakyat Kelantan kepada UMNO sekali gus menawan semula Kelantan.
PENGGUNDULAN HUTAN
Penggundulan Hutan
Hutan adalah sebuah kawasan yang ditumbuhi dengan lebat oleh pepohonan dan tumbuhan lainnya. Kawasan-kawasan semacam ini terdapat di wilayah-wilayah yang luas di dunia dan berfungsi sebagai penampung karbondioksida (carbon dioxide sink), habitat hewan, modulator arus hidroliga, serta pelestari tanah, dan merupakan salah satu aspek biosfer Bumi yang paling penting. Selain itu, hutan juga berfungsi untuk mencegah terjadinya banjir.
Hutan adalah bentuk kehidupan yang tersebar di seluruh dunia. Kita dapat menemukan hutan baik di daerah tropis maupun daerah beriklim dingin, di dataran rendah maupun di pegunungan, di pulau kecil maupun di benua besar.
Hutan terdiri atas berbagai jenis pohon-pohon besar, tanaman liar dan juga binatang-binatang liar. Selain untuk keseimbangan ekosistem, hutan juga berfungsi untuk rekreasi, taman nasional, cagar alam dan suaka alam.
Hutan sangat berperan penting dalam kehidupan manusia. Tapi manusia tidak menjaga kelestarian hutan. Mereka lebih mementingkan diri sendiri dibanding dengan lingkungan mereka. Padahal jika mereka tidak menjaga kelestarian hutan, mereka sendiri yang akan menanggung akibatnya.
Manusia selalu menebang pohon secara membabi buta tanpa mempertimbangkan keseimbangan hutan. Penebangan secara membabi buta adalah kegiatan penebangan, pengangkutan dan penjualan kayu yang tidak sah dan tidak mendapat izin dari otoritas setempat. Hal ini berakibat buruk untuk hutan dan juga lingkungan manusia. Contohnya : tanah longsor, banjir, dan juga kekurangan oksigen. Bukan hanya manusia yang dirugikan atas hal ini, tetapi hewan pun juga.
Akibatnya negara pun dirugikan besar-besaran. Untuk itu, kita harus menjaga hutan kita. Agar kita terhindar dari bencana-bencana yang tidak di inginkan. Kita dapat melakukan berbagai macam hal, seperti reboisasi. Reboisasi adalah penanaman kembali hutan yang gundul dengan tanaman baru. Hal ini dilakukan agar hutan kita kembali normal. Hal ini memang memerlukan waktu yang sangat lama. Tetapi daripada tidak pernah, lebih baik terlambat.
KASIH SAYANG SEORANG AYAH
Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jgn minum ais!”.Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.
Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya…Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..
PENCEMARAN AIR
PENCEMARAN AIR
Air merupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Tanpa air dunia akan menjadi sebuah planet yang tidak bernyawa. Tapi pada akhir-akhir ini, persoalan penyediaan air yang memenuhi syarat menjadi masalah seluruh umat manusia. Dari segi kualitas dan kuantitas air telah berkurang yang disebabkan oleh pencemaran. Dari hari ke hari bila diperhatikan, semakin banyak berita-berita mengenai pencemaran air. Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai,tasik dan laut sama ada secara sengaja atau tidak. Pencemaran air akan berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.
Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang seperti kebocoran,pembuangan air kumbahan sewenang-wenangnya,sisa-sisa kimia,haba, pembuangan sampah,luahan bahan kimia dan sebagainya ke dalam sumber air. Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air.Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula ke laut. Ini menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara mendadak.Ini bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat,contohnya akan menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati akibat sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan tidak dapat bernafas. Secara tidak langsung, sumber protein daripada sungai-sungai di Malaysia akan kehabisan. Manakala para nelayan juga akan kehilangan sumber pendapatan. Jika pencemaran sungai tersebut berterusan, bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.
Pencemaran air yang berlaku bukan sahaja memberi kesan yang akan dialami oleh hidupan yang lain bahkan turut memberi kesan kepada manusia.Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya tahan badan akibat penggunaan sumber air tersebut.Manusia juga boleh mendapat penyakit yang serius atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada hidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.Pencemaran toksik yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air.
Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan alam pada masa kini terjejas. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah sarap menjengkelkan mata dan tidak indah untuk dipandang. Punca hal ini berlaku disebabkan sampah sarap yang dibuang di laut tersebut. Keadaan air laut ataupun sungai yang berbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan pencemar yang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini.Secara tidak langsung,pantai-pantai yang tercemar itu tidak dapat menarik hati pelancong untuk mengunjunginya lalu menjejaskan dari segi aktiviti pelancongan negara.
Banjir juga merupakan salah satu kesan kepada pencemaran air pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Banjir mudah berlaku apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut sehingga menyebabkan persekitaran kotor. Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan, dan juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan,dan kos meningkat.
Sunday, 16 December 2012
KES PEMBUANGAN BAYI
Punca berlakunya kes pembuangan bayi:
KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata isu pembuangan bayi yang semakin menular dalam masyarakat ketika ini perlu dikaji secara mendalam untuk mencari punca kenapa ia berlaku.
Beliau berkata, dengan hanya menyediakan tempat untuk bayi terbuang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan menyelesaikan masalah itu. Katanya, lebih banyak usaha perlu dilakukan melalui pendekatan agama dan pengukuhan institusi keluarga. "Seperti masalah gatal pada kulit, ia tidak mencukupi hanya dengan menyapu minyak pada bahagian yang gatal, sebaliknya kita mesti tahu kenapa kita menghadapi masalah tersebut sama ada melalui pemakanan dan begitu juga masalah bayi ini kenapa ia berlaku," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada program sesi bersama pemimpin, perpaduan 1Malaysia di sini hari ini.
Mashitah berkata, kes pembuangan bayi semakin serius sejak akhir-akhir ini dan ia antara masalah utama dalam masyarakat ketika ini selain penceraian rumah tangga.
Katanya, peranan institusi keluarga yang menjadi asas utama dalam membentuk sebuah mesyarakat yang lebih maju dan bertamadun perlukan perhatian, khasnya yang membabitkan pendidikan awal akhlak anak-anak.
Mashitah berkata, gaya hidup dalam sesebuah keluarga banyak mempengaruhi cara pemikiran anak-anak hari ini kerana mereka akan lebih mudah meniru apa yang dilakukan oleh orang tua mereka sendiri sama ada ia perbuatan yang baik mahupun sebaliknya.
PERANGI DADAH..!!!
Dibawah sedikit artikel tentang bahayanya dadah, mungkin
ramai yg tak tahu gejala dadah adalah musuh utama remaja di malaysia selain
jenayah dedah dan bermaksiat dalam pokok getah xD ....
Dadah Dan Ciri-cirinya
"Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
1. mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);
2. digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;
3. diperlehi secara haram;
4. membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;
5. mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
Jeni-jenis Dadah
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;
b)Kanabis - ganja, hashish;
c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;
d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan
e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari sgi kesannya.
"Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
1. mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);
2. digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;
3. diperlehi secara haram;
4. membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;
5. mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
Jeni-jenis Dadah
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;
b)Kanabis - ganja, hashish;
c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;
d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan
e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari sgi kesannya.
Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-
* akibat keatas penagih
* akibat keatas keluarga penagih
* akibat keatas masyarakat dan
* akibat keatas negara
* akibat keatas penagih
* akibat keatas keluarga penagih
* akibat keatas masyarakat dan
* akibat keatas negara
Akibat Ke Atas Penagih
Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.
Akibat Ke Atas Keluarga Penagih
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.
Akibat Ke Atas Masyarakat
Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.
Akibat Ke Atas Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-
* Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
* Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
* Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
* Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan
* Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .
* Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .
Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.
Akibat Ke Atas Keluarga Penagih
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.
Akibat Ke Atas Masyarakat
Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.
Akibat Ke Atas Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-
* Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
* Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
* Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
* Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan
* Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .
* Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .
Membantu kerajaan memerangi dadah adalah tugas kita .
Subscribe to:
Posts (Atom)